Lawatan doktor dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) & Jabatan NADI MCMC
16 November 2024 | Aktiviti TerkiniPada 15 November 2024 (Jumaat) – Pada jam 2.00 petang, NADI Presint 9 Fasa 3 telah menerima kunjungan lebih kurang 30 orang tetamu dari doktor-doktor KKM, Jabatan NADI MCMC, Maxis, MRIC Healthcare, dan Sprintz Designs. Kunjungan mereka untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkhidmatan pintar yang disediakan di NADI Presint 9 Fasa 3 khususnya perkhidmatan saringan kesihatan. Perkhidmatan kesihatan yang disediakan di NADI adalah seperti pemeriksaan Body Mass Index (BMI), pemeriksaan gula serta permeriksaan tekanan darah. Permeriksaan kesihatan secara percuma yang disediakan di NADI Presint 9 Fasa 3 merupakan salah satu insiatif kerajaan dan perkhidmatan pintar yang disediakan khusus untuk komuniti Putrajaya. Komuniti hanya perlu mendaftar menjadi ahli di NADI sahaja untuk memperoleh keistimewaan ini secara percuma. Diharapkan inisiatif ini dapat membantu komuniti disini yang rata-ratanya merupakan penjawat awam untuk mendapatkan akses kesihatan lebih baik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: